28 April 2008

Tak kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) UiTM Sabah, ini adalah merupakan salah satu lagi medium atau pendekatan yang di ambil oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) UiTM Sabah bagi menyalur dan menyampaikan maklumat kepada semua pelajar UiTM Sabah khususnya. Ini juga merupakan wadah bagi perkongsian yang lebih dekat dan efektif kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Diharapkan dengan adanya blog ini maka, ianya akan dapat memperjelaskan lagi tugas serta peranan JPK di kalangan pelajar kampus UiTM Sabah. Dan juga dapat memperhebahkan aktiviti - aktiviti yang bakal ataupun yang telah dijalankan oleh JPK di sepanjang semester.

JPK juga ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan UiTM Sabah bersama warga UiTM Sabah khususnya kerana kerjasama padu yang telah diberikan selama ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang telah lama terbina ini akan terus berkekalan dan mendapat sokongan bagi memastikan JPK akan dapat terus memberikan perkhidmatan serta sumbangan kepada Kampus UiTM Sabah ini dalam mengembling usaha untuk mebcapai Misi, Visi serta Objektif UiTM secara Amnya dan UiTM Sabah ini khususnya.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online